Tuesday, May 5, 2020

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.

           Virus Novel Coronavirus yang kini dikenali sebagai Covid-19 telah menggegar dunia dengan kehadirannya. Pada mulanya, virus ini dikesan di bandar Wuhan, China. Menurut kajian, virus ini berasal dari sebuah pasar yang menjual binatang eksotik untuk dimakan. Katanya, virus ini berpunca  dari kelawar. Ada sesetengah orang China  juga menjamah kelawar. Ada yang menghirup sup kelawar! Saya pun tidak dapat bayangkan. Mungkin itu tradisi mereka. Hormat sajalah kan?ツ

           Menurut pemerhatian saya, sewaktu Wuhan teruk diancam virus ini, dunia lain seakan tidak begitu mempedulikannya. Mungkin sebab jauh dari negara mereka, jadi, mereka tidak berasa apa-apa. Wuhan bertukar menjadi sebuah bandar zombie. Hampir tiada manusia di jalanraya. Jalanraya lengang. Penduduk Wuhan semuanya duduk di rumah masing-masing. Hal ini agak menyedihkan saya kerana saya sendiri pernah melancong ke bandar tersebut. Pada pendapat saya, Wuhan merupakan bandar yang sangat maju dan cantik. Sewaktu matahari terbenam, saya ke sebuah tasik yang luas untuk menikmati pemandangan senja ini. Dari kejauhan, saya dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit di Wuhan. Bagaikan berada di bandar New York! Entah,yang pasti pengalaman di Wuhan tidak dapat saya lupakan begitu saja.

            Semasa virus ini merebak di China, Malaysia masih membenarkan penerbangan masuk dan keluar. Setelah beberapa bulan, virus ini merebak pula ke Malaysia.  Ramai rakyat Malaysia telah terjangkiti virus ini.  Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP merupakan perintah terbaru di sini. Semasa PKP, anda tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati. Hanya keluar untuk membeli barang keperluan sahaja yang dibenarkan. Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar membeli barang. Selain itu, pekerja barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan yang terlibat dengan Covid-19 dibenarkan untuk keluar bekerja.  Semasa PKP, taska, sekolah dan institusi pengajian tinggi semuanya mesti ditutup.  Kesemua pelajar perlu belajar melalui atas talian iaitu online. Google Classroom , aplikasi Zoom dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembelajaran. Ada murid yang dapat akses internet tidak menjadi masalah, tetapi ada murid yang tidak mempunyai akses internet akan tercicir. Sememangnya, pembelajaran atas talian tidak semudah yang disangka. Ada juga ibubapa merungut bahawa guru telah memberi kerja sekolah yang banyak untuk anak mereka, tetapi ada juga yang suka kerana anak mereka tidak akan membuang masa sebegitu sahaja. Biasalah, penerimaan manusia kan berbeza.  Namun, KPM mengambil langkah dengan membuat TV Pendidikan. Dengan cara ini, murid-murid dapat belajar dengan menonton TV.

           Kini, PKP telah pun memasuki fasa 4. Bilangan pesakit Covid-19 juga kian berkurang . Alhamdulillah. Fasiliti kesihatan Malaysia telah mendapat tumpuan dunia kerana kadar sembuh agak tinggi. Tahniah ,Malaysia!! Kini, Ramadhan yang dilalui tidak sama dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Semuanya berbeza kerana kehadiran virus ini.  Muslim tidak dibenarkan bersolat di masjid kerana khuatir di jangkiti virus ini.  Kami bersolat terawih di rumah . Ada yang berjenaka, katanya tahun ini mempunyai paling banyak imam. hahahha..yelah..semua jadi imam di rumah. bukan lagi masjid dan surau.hihi.tidak mengapa. pasti ada hikmahnya!! Aidilfitri pun pasti tidak sama,kita tidak dapat lagi berkunjung-kunjung. Tidak mengapa, bersilaturrahim lah di media sosial..hihi..

          Kesimpulannya, virus yang kita tidak nampak di mata kasar ini benar-benar telah mengubah kehidupan kita. Jangan sesekali memandang rendah kepada makhluk-makhluk kecil. Adakalanya mereka berjaya meruntuhkan sesebuah negara dan boleh membawa maut. Jangan sombong dan bongkak. Ingatlah, segala yang terjadi juga atas izin-Nya.  Maka, mohonlah pada-Nya untuk meminta kesembuhan.  semoga virus ini terangkat dari bumi ini. Amin. Kepada-Mu kami berserah.


Pejuang di rumah,
Izzati_aziz
5/5/2020
12 Ramadhan 1441


                                          Pemandangan di Bandar Wuhan     

RESEPINOVA:IKAN MASAK ASAM

RESEPINOVA : IKAN MASAK ASAM
Bahan-bahan
1. Ikan
2. Bawang merah 2 biji besar
3. Bawang putih 5 ulas
4. Cili merah 2 biji
5. Cili hijau  3 biji
6. Air asam jawa
4. Tomato sebiji
5. Asam keping 2 kpg
6. Sedikit belacan.
Cara-cara
1. Goreng ikan seperti biasa. Letak tepi.
2. Tumiskan 1 biji bawang merah dan semua bawang putih. Separuh dihiris, separuh lagi ditumbuk.
3. Setelah wangi, Masukkan sedikit belacan.
4. Masukkan air asam jawa. Semangkuk. Biar mendidih.
5. Masukkan asam keping. Masukkan garam secukup rasa.
6.Masukkan ikan yang telah digoreng.
7. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato.
8. Masukkan sebiji bawang merah yang dihiris besar-besar.
9. Siap, Bismillah, TELAN!!!
Dihidang bersama nasi panas-panas.. Slrpppp.. 
Sumber: Youtube dan diolah saya

Wednesday, January 2, 2019

Slot : Travelognova : Kenali Xinjiang.
Baru-baru ini, kecoh tentang kes di Xinjiang.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Alhamdulillah, aku berkesempatan melihat Xinjiang dengan mata kepala sendiri beberapa tahun yang lalu.  Wilayah yang agak bahaya, tetapi kami berdua tekadkan hati untuk pergi. Allah ada. hee..


Ya, Xinjiang amat unik.  Walaupun Xinjiang adalah salah satu wilayah di dalam China, tetapi raut wajah mereka tidak seperti orang China.  Wajah ala-ala Arab gitu. Wanita di sana memang cantik gila laahhhhh..haha.. putih-putih Arab. Yang lelaki, kebanyakannya mempunyai misai. 
Xinjiang, majoritinya adalah Muslim.  So, kat sini boleh lihat ramai wanita yang bertudung.  Best sangat!..huhu..Sebab kat Beijing, tak berapa ramai Muslim.  

Mereka kebanyakannya adalah dari Kaum Uighur.  Kaum Uighur mempunyai bahasa tersendiri iaitu Bahasa Uighur.  So, kat sini, ada yang tak boleh berbahasa Cina, mereka hanya pandai berbahasa Uighur. Orang muda banyak yang boleh berbahasa cina, tetapi orang tua tidak begitu mahir.  Bahasa Uighur ala-ala bahasa Arab. sedap jaaa..haha.. silap tak belajar sikit-sikit dulu.  Yang menariknya lagi, tulisannya macam jawi gitu.  Merata-rata ada tulisan jawi. Unik sangat!!


Tentang penjara yang disebut-sebut baru-baru ini, aku tidak pasti.  Yang pasti, disana ramai tentera/askar/polis. tak tahu la mana satu.haha. Tapi agak scary kalau nampak terlalu ramai askar di tepi jalan. i can say, i can see them everywhere.
Gambar  di bawah adalah gambar kenang-kenangan bersama orang Xinjiang.  Kopiah yang dipakai mereka berbentuk empat segi dan agak keras materialnya.  Comel kan?hihi..  Macam mana ya pakcik-pakcik ni sekarang, moga sihat-sihat saja. =)
Semoga orang Muslim di Xinjiang tidak teraniaya dan bebas mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.  Doakan mereka ya!
#prayforxinjiang
#travelognova
#bumiislam
#xinjiang
#muslim
#china

Sunday, December 9, 2018

Mandarin Tutor

Assalamualaikum, ingin mempelajari Bahasa Mandarin?
Anda boleh hubungi kami.. Kita belajar dari zero.
InsyaAllah, anda akan dapat menguasai Bahasa Mandarin secara asas. Bolehlah berborak dengan rakan chinese anda lepas ni.. 🌹😘

Tuesday, November 20, 2018

Ke Hatyai menggunakan train!

Slot : Hatyai Trip
.
Say hi to my travel partner.. Hihi.. This is my first time travelling with her.. Kawan lama.. Kehkeh.. Selalu #zaliaberhanimun  ja.. 😜
.
Okeh.. Kali ini, kita nak tahu, macammana nak ke Thailand dengan menggunakan train.
.
1.  Pastikan ada passport or border pass.. Aku guna border pass walaupun ada passport.. Hee.
.
2. Beli tiket train kat stesen yg dekat dengan rumah anda ke Padang Besar.
X - Padang Besar.
.
3. Turun kt Pdg Besar dan beratur. Beli tiket untuk ke Hatyai.
Isi borang imigresen. Bawak pen tau! Seterusnya, beratur untuk cop passport. Pastikan bercop!
.
4. Naik train ke Hatyai!! Baca doa kenderaan and enjoy!! 😘
.
Perbelanjaan =
Anak Bukit - Pdg Besar = RM 5.20
Padang Besar- Hatyai =. RM 7.00
Total for one - way =       RM 12.20

Jadual train = ada pagi dan petang..
 Sesampainya di Hatyai.. Hee

 We're here!
 Suasana dalam train.

Sunday, May 27, 2018

BUKIT KODIANG AKA BUKIT MOKCUN

Sejak belakangan ini, Bukit Kodiang sering menjadi bualan orang ramai kerana mempunyai pemandangan dari puncak bukit yang sangat menarik iaitu pemandangan sawah  padi.   Aku pada mulanya ingin mendaki Gunung Keriang, namun kawanku mengubah plan asal.  Maka, aku pun dakilah Bukit Kodiang.  Sebelum ini, aku belum tahu sepenuhnya tentang bukit ini. 

      Memandangkan aku mengikut satu team mendaki gunung, aku perlu pakai tali dan harness untuk mendaki.  Pada mulanya, aku pelik, mengapa perlu memakai harness.  Selalunya, tak perlu pun.  Tapi, aku ikut je.  Kami pun mendaki Bukit Kodiang.  Bukit ini tidaklah terlalu tebal, pokok-pokoknya tak terlalu banyak. Pendakian berjalan lancar.  Tapi, apabila hampir ke puncak, bukit menjadi sangat curam. Ya, sebab ni lah perlunya pakai harness.  Curam hampir 90'..

    Bagi aku, bukit ini tidaklah terlalu tinggi untuk didaki tetapi agak curam di penghujungnya.  Untuk keselamatan, silalah ikut team gunung yang bertauliah ya. Kalau pergi sendiri-sendiri, agak bahaya. Takut jatuh.  Utamakan keselamatan ya!!


    Pemandangan di atas cantik tak?   Ya Allah, cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! hilang penat bila daki. hahaha.  Sawah padi menghijau dan ada juga bukit-bukit sekeliling yang menghiasi pemandangan.  Kami berehat agak lama di puncak bukit.  Sangat cantik! worth it!so, selamat mendaki!!!
Encik yang mengetuai pendakian.

meet my new friend

yeah...here i am!! puncak bukit kodiang..

Alhamdulillah.

Team daki gunung

What a sweet memory.

Acheh

Slot: TRAVELOGNOVA

Acheh.

Kota yang terkenal setelah musibah melanda. Acheh menjadi tumpuan seluruh dunia kerana tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004.
Kejadian itu masih segar di ingatanku. Dada-dada akhbar terpampang kesan-kesan tsunami, tak terkecuali Malaysia.
.

Setelah 14 tahun berlalu, aku berkesempatan menjejakkan kaki di sana. Entah. Tiba-tiba terjumpa tiket ke sana dan tiba-tiba juga teringin nak pergi. Tambahan pula, bulan Ramadhan. Teringin melihat suasana Ramadhan di sana. Teringin bersolat terawih di masjid yang tak ditenggelami air semasa tsunami.
.

Pengembaraan bermula. Aku singkap sejarahnya terlebih dahulu. Acheh merupakan bandar yang majoritinya adalah penduduk Islam. Kami dapat melihat semua wanitanya berhijab.
Okay..aku ringkaskan ya!

1. Disini ada polis syariah atau Wilayatul Hisbah. Tugasnya adalah untuk meronda dan mencegah maksiat.

2. Hukum Islam dijalankan di Acheh. Contohnya, kerana berjudi, berkhalwat dsb.

3. Wanita, kalau pakai seluar, seeloknya pakai pakaian labuh. Dan disini, aku lihat ramai yang memakai skirt labuh. Susahla nak tengok pakai seluar. Hee..

4. Ada sesetengah tempat, lelaki tak dibenarkan memakai celana pendek..iaitu seluar pendek. Bagusnya!

5. Cara berpakaian sebenar menurut Islam pun ada terpampang di merata-rata tempat. Bukan hanya di masjid .

6. Ada orang sana cerita, kalau duit tercicir, don't worry!! Sebab InsyaAllah akan dapat balik tanpa kurang sedikitpun. Hebat kan?

Eh..aku tulis banyak-banyak ni ada orang baca ke?
Kalau ada nak sambung.
Kalau takda, aku simpan sorang2 la..hihi..😄

#justwanttoshare
#semogabermanfaat

Saturday, February 24, 2018

Pizza homemade nova

SLOT: PIZZA HOMEMADE NOVA

okay, harini saya nak share tentang bagaimana membuat pizza yang simple tapi menyelerakan...slrrrppppp..satu famili aku suka..kahkah..ni pun first time buat..coba2 saja.

Sorry, tak sempat nak tangkap gambar step by step..sebab buat laju2..dua tiga jam before bertolak ke IPG..😂

BAHAN-BAHAN
1. Sos Kimball untuk Spagetti
2.sosej
3.ayam
4.cendawan (aku suka yg gedabak gemuk bila kita genggam tu)
5.capsicum (cili benggala)
6.roti gardenia
7. Cheese keping2.(kalau suka)

CARA-CARA
1.rebuskan ayam dan racikkan carikkan.
2.potong dadu halus2 cendawan.
3.hiriskan sosej.
4.hiriskan capsicum.
5.sapukan sos spaggeti kimball ke atas roti gardenia.
6.taburkan sosej, ayam,cendawan dan capsicum ke atas roti.
7. Letakkan kepingan cheese di atas sekali.
8.Bakar di dalam oven selama 15-20 minit dengan 150°c.
9.baca bismillah, telan!😄

Sumber: Youtube dan diolah oleh saya.

Okay guys, selamat mencuba!!😉

Saturday, January 13, 2018

PEKING DUCK

SLOT: PEKING DUCK
Pernah dengar tentang PEKING DUCK? atau nama lainnya ITIK BEIJING ? Hahaha..pelik lak bunyinya bila translate.kehkeh.kalau bahasa cina, ia dipanggil KAOYA.
ok,peking duck ni adalah makanan terkenal di Beijing. Kalau nak tahu, Peking tu adalah nama lama bagi bandar Beijing. Kalau sembang dengan orang-orang tua, pastinya mereka menyebut Peking.(termasuklah ayah aku) haha..
Rasanya? rasa sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!Kulitnya rangup. bila makan,bunyi krup krap krup krap.. kalau aku, aku suka la, tapi sesetengah kawan aku, ada yang tak lalu makan. Ruginya..hee..Macam mana cara makan? ok rujuk gambar.
oklah, kalau anda berkunjung ke Beijing, jangan lupa merasai keenakan itik beijing ini..rugi kalau tak rasa! jangan risau, itik ini halal. kami pergi makan di restoran halal.hihi.
Selamat menjamu selera!









Friday, December 1, 2017

cetaphil??

 okay..ni first time aku buat entri tentang penjagaan wajah..hahaha...nak review sikit tentang cetaphil..sebelum menggunakan Cetaphil, aku menggunakan produk tempatan.. Nour***..haha..memang rasa semakin putih..rasa macam cantik ja..tapi,,di bawah cantik tu, jerawat macam tersembunyi..dan satu lagi yang buat aku rasa nak stop adalah, krim malam produk ini mengandungi bahan kimia..aku pernah pakai 3 kali ja krim malam,,habis merah2 kulit..tapi, aku pakai sabun dia ja..sabun dia xda pulak orang cakap ada bahan kimia..tapi, aku tetap nak stop sebab rasa x natural,,putih semacam ja...

Lepas tu, aku pun pakai la Cetaphil, takda bahan kimia katanya.  Orang cakap, hasilnya lambat tapi berkesan. aku pun tunggula kesannya..Memang muka aku tumbuh dengan pelbagai saiz jerawat..hahahha..tapi, tunggu jugak, kot2 dia nak keluarkan jerawat dulu2.. Tapi, ramai la yang tegur aku, muka makin teruk..mula2, rasa ok ja..tapi, lama2 rasa macam tak boleh jadi ni..tau x aku tunggu berapa lama? 4 bulan!!! 

Aku pun baca la komen-komen orang tentang Cetaphil.Rupa-rupanya, ada jugak orang yang xsesuai dengan Cetaphil..dan barulah aku sedar,aku pun  mungkin tak sesuai dengan Cetaphil..

So, goodbye Cetaphil!! sedihhh..sebab ramai gila kata OK,tapi aku x OK..tapi, takpala ..mungkin ada hikmahnya..So, sekarang aku masih mencari-cari apa yang sesuai dengan mukaku...

Wednesday, November 29, 2017

QIANMEN

perjalanan seorang diri membawa 1000000 ibrah..
hari ini ,aku belajar banyak benda..
3/12/2016

1.takda benda yang kekal di dunia ini.
sarung tangan kesayangan 4 tahun guna hilang.
.

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.  ...