Monday, February 1, 2016

saat pertama kali ke Beijing

    okeh,mari berkenalan serba sedikit tentang aku..heee..nama?rahsia!hehe..saya merupakan warganegara Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Beijing,China.Saya belajar di Beijing Foreign Studies University.Pada mulanya,aku seakan-akan tidak percaya bahawa ada pelajar Malaysia yg belajar di sana,yelah..kita selalu dengar study di UK,US,Ireland,India dsb..Beijing??eee..x pernah langsung!maaf Beijing.aku kurang mengenali dirimu.

     Sebelum berlepas ke Beijing,aku selalu membayangkan keadaan di sana sangat daif,jalan yang tidak bertar,ada banyak kerata lembu dsb.secara ringkasnya,memang mundurlah.haha.imaginasi dahsyat betul!Namun,sesampainya di sana,sangkaanku meleset sama sekali.hahaha.Beijing lebih maju dari Malaysia.Jalanrayanya agak menarik.disini,pemandu berada di sebelah kanan ya!

     Aku masih ingat tarikh aku terbang ke sini,15/9/2012. Kesemua pelajar yg ke Beijing adalah seramai 82 orang.kami menggunakan Malaysia Airlines utk ke sana.Nak tahu flight apa?flight MH 370..huhu..sedih lak..flight yg hilang dari radar pada tarikh 8 Mac 2014.Ya,aku masih ingat kerana itu laluan yg aku sering gunakan utk pulang ke Malaysia.sampai saat ini masih misteri.Al-Fatihah.


    Kami sampai Beijing lebih kurang jam 6.30 a.m. 6 jam utk ke sana dari Malaysia. sampai2 ,memang rasa udaranya lebih sejuk..kalau x salah,dalam belas2 darjah celcius.teruja la jugak..x pernah rasa sejuk camni..hihi..pastu,adala kakak n abang senior sambut kami,dan kami menaiki bas untuk ke universiti.airport ke u ambil masa dalam 45 minit-1 jam.sampai2,memang tangkap gambar la dulu..haha..

amatur

Assalamualaikum..
hai semua!
hari ini ,tepat jam 6.16 p.m 1/2/2016,saya mula menulis blog ini.tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya yg x seberapa ini dengan anda semua.semoga bermanfaat.
kerana tulisan ini akan kekal selamanya,tapi saya x kekal.semoga tulisan ini mampu membantu saya di 'sana' kelak.=)

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.  ...