Tuesday, May 5, 2020

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.

           Virus Novel Coronavirus yang kini dikenali sebagai Covid-19 telah menggegar dunia dengan kehadirannya. Pada mulanya, virus ini dikesan di bandar Wuhan, China. Menurut kajian, virus ini berasal dari sebuah pasar yang menjual binatang eksotik untuk dimakan. Katanya, virus ini berpunca  dari kelawar. Ada sesetengah orang China  juga menjamah kelawar. Ada yang menghirup sup kelawar! Saya pun tidak dapat bayangkan. Mungkin itu tradisi mereka. Hormat sajalah kan?ツ

           Menurut pemerhatian saya, sewaktu Wuhan teruk diancam virus ini, dunia lain seakan tidak begitu mempedulikannya. Mungkin sebab jauh dari negara mereka, jadi, mereka tidak berasa apa-apa. Wuhan bertukar menjadi sebuah bandar zombie. Hampir tiada manusia di jalanraya. Jalanraya lengang. Penduduk Wuhan semuanya duduk di rumah masing-masing. Hal ini agak menyedihkan saya kerana saya sendiri pernah melancong ke bandar tersebut. Pada pendapat saya, Wuhan merupakan bandar yang sangat maju dan cantik. Sewaktu matahari terbenam, saya ke sebuah tasik yang luas untuk menikmati pemandangan senja ini. Dari kejauhan, saya dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit di Wuhan. Bagaikan berada di bandar New York! Entah,yang pasti pengalaman di Wuhan tidak dapat saya lupakan begitu saja.

            Semasa virus ini merebak di China, Malaysia masih membenarkan penerbangan masuk dan keluar. Setelah beberapa bulan, virus ini merebak pula ke Malaysia.  Ramai rakyat Malaysia telah terjangkiti virus ini.  Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP merupakan perintah terbaru di sini. Semasa PKP, anda tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati. Hanya keluar untuk membeli barang keperluan sahaja yang dibenarkan. Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar membeli barang. Selain itu, pekerja barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan yang terlibat dengan Covid-19 dibenarkan untuk keluar bekerja.  Semasa PKP, taska, sekolah dan institusi pengajian tinggi semuanya mesti ditutup.  Kesemua pelajar perlu belajar melalui atas talian iaitu online. Google Classroom , aplikasi Zoom dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembelajaran. Ada murid yang dapat akses internet tidak menjadi masalah, tetapi ada murid yang tidak mempunyai akses internet akan tercicir. Sememangnya, pembelajaran atas talian tidak semudah yang disangka. Ada juga ibubapa merungut bahawa guru telah memberi kerja sekolah yang banyak untuk anak mereka, tetapi ada juga yang suka kerana anak mereka tidak akan membuang masa sebegitu sahaja. Biasalah, penerimaan manusia kan berbeza.  Namun, KPM mengambil langkah dengan membuat TV Pendidikan. Dengan cara ini, murid-murid dapat belajar dengan menonton TV.

           Kini, PKP telah pun memasuki fasa 4. Bilangan pesakit Covid-19 juga kian berkurang . Alhamdulillah. Fasiliti kesihatan Malaysia telah mendapat tumpuan dunia kerana kadar sembuh agak tinggi. Tahniah ,Malaysia!! Kini, Ramadhan yang dilalui tidak sama dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Semuanya berbeza kerana kehadiran virus ini.  Muslim tidak dibenarkan bersolat di masjid kerana khuatir di jangkiti virus ini.  Kami bersolat terawih di rumah . Ada yang berjenaka, katanya tahun ini mempunyai paling banyak imam. hahahha..yelah..semua jadi imam di rumah. bukan lagi masjid dan surau.hihi.tidak mengapa. pasti ada hikmahnya!! Aidilfitri pun pasti tidak sama,kita tidak dapat lagi berkunjung-kunjung. Tidak mengapa, bersilaturrahim lah di media sosial..hihi..

          Kesimpulannya, virus yang kita tidak nampak di mata kasar ini benar-benar telah mengubah kehidupan kita. Jangan sesekali memandang rendah kepada makhluk-makhluk kecil. Adakalanya mereka berjaya meruntuhkan sesebuah negara dan boleh membawa maut. Jangan sombong dan bongkak. Ingatlah, segala yang terjadi juga atas izin-Nya.  Maka, mohonlah pada-Nya untuk meminta kesembuhan.  semoga virus ini terangkat dari bumi ini. Amin. Kepada-Mu kami berserah.


Pejuang di rumah,
Izzati_aziz
5/5/2020
12 Ramadhan 1441


                                          Pemandangan di Bandar Wuhan     

RESEPINOVA:IKAN MASAK ASAM

RESEPINOVA : IKAN MASAK ASAM
Bahan-bahan
1. Ikan
2. Bawang merah 2 biji besar
3. Bawang putih 5 ulas
4. Cili merah 2 biji
5. Cili hijau  3 biji
6. Air asam jawa
4. Tomato sebiji
5. Asam keping 2 kpg
6. Sedikit belacan.
Cara-cara
1. Goreng ikan seperti biasa. Letak tepi.
2. Tumiskan 1 biji bawang merah dan semua bawang putih. Separuh dihiris, separuh lagi ditumbuk.
3. Setelah wangi, Masukkan sedikit belacan.
4. Masukkan air asam jawa. Semangkuk. Biar mendidih.
5. Masukkan asam keping. Masukkan garam secukup rasa.
6.Masukkan ikan yang telah digoreng.
7. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato.
8. Masukkan sebiji bawang merah yang dihiris besar-besar.
9. Siap, Bismillah, TELAN!!!
Dihidang bersama nasi panas-panas.. Slrpppp.. 
Sumber: Youtube dan diolah saya

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.  ...