Friday, December 1, 2017

cetaphil??

 okay..ni first time aku buat entri tentang penjagaan wajah..hahaha...nak review sikit tentang cetaphil..sebelum menggunakan Cetaphil, aku menggunakan produk tempatan.. Nour***..haha..memang rasa semakin putih..rasa macam cantik ja..tapi,,di bawah cantik tu, jerawat macam tersembunyi..dan satu lagi yang buat aku rasa nak stop adalah, krim malam produk ini mengandungi bahan kimia..aku pernah pakai 3 kali ja krim malam,,habis merah2 kulit..tapi, aku pakai sabun dia ja..sabun dia xda pulak orang cakap ada bahan kimia..tapi, aku tetap nak stop sebab rasa x natural,,putih semacam ja...

Lepas tu, aku pun pakai la Cetaphil, takda bahan kimia katanya.  Orang cakap, hasilnya lambat tapi berkesan. aku pun tunggula kesannya..Memang muka aku tumbuh dengan pelbagai saiz jerawat..hahahha..tapi, tunggu jugak, kot2 dia nak keluarkan jerawat dulu2.. Tapi, ramai la yang tegur aku, muka makin teruk..mula2, rasa ok ja..tapi, lama2 rasa macam tak boleh jadi ni..tau x aku tunggu berapa lama? 4 bulan!!! 

Aku pun baca la komen-komen orang tentang Cetaphil.Rupa-rupanya, ada jugak orang yang xsesuai dengan Cetaphil..dan barulah aku sedar,aku pun  mungkin tak sesuai dengan Cetaphil..

So, goodbye Cetaphil!! sedihhh..sebab ramai gila kata OK,tapi aku x OK..tapi, takpala ..mungkin ada hikmahnya..So, sekarang aku masih mencari-cari apa yang sesuai dengan mukaku...

Wednesday, November 29, 2017

QIANMEN

perjalanan seorang diri membawa 1000000 ibrah..
hari ini ,aku belajar banyak benda..
3/12/2016

1.takda benda yang kekal di dunia ini.
sarung tangan kesayangan 4 tahun guna hilang.
.

thesis

Finally,i've finished mine!
You know,I spent almost 20 hours to complete all these tasks..
I never thought that it would be this difficult..
But,i think,i need to learn to manage time and daily routine..Don't be too lazy yah!😉
#thisisfinalyear

Mandikan jenazah

Alhamdulillah, kami telah menyertai kem mukmin profesional yang diadakan di sebuah tempat kem di utara semenanjung..bagaimana memandikan jenazah?
Mandikan,mandi wajib, mandi air kapur barus dan air bidara..letakkan juga kapas di lubang2 jenazah agar air tidak masuk ke dalam.

Ikan masak stim

SLOT RESEPINOVA
Ikan masak stim.
1.masukkan bawang putih dan bawang merah.
2.masukkan cili merah dan hijau.
3.masukkan halia.
4.masukkan serai.
5.masukkan garam.
Semua benda di atas perlu dihiris halus yee!.
Masukkan bahan2 di atas dalam pinggan yg ada ikan..
Letakkan air di bawah pinggan tersebut..tutupkan..ikan hanya masak menggunakan stim..

Nak tahu macammana ikan dah masak? Tengok mata ikan akan bertukar putih.

Selamat mencubaaa!!
#resepi#resepinova

Saturday, November 18, 2017

FALSAFAH


       Falsafah ialah suatu cubaan untuk mencari kebenaran dan suatu bidang kajian yang komprehensif, holistik, logikal ke atas pemikiran manusia dalam bidang agama , sastera, sains, dan pendidikan. 

Metafizik/ontologi-tntang kewujudan dan sifat kewujudan.
Epistomologi- ilmu,kajian tentang ilmu yang berkait rapat dengan metafizik.
                     -cuba untuk mencari cara untuk mengetahui apa yang ada di alam semesta
                    -kajian berkenaan cara untuk mendapatkan ilmu dan sifat pengetahuan itu sendiri.
Etika- aksi, akajian tentang cara manusia bertindak.
Politik- etika yang mengkaji tentang cara yang sepatutnya manusia berinteraksi dalam masyarakat. 
Estetik- seni, bergantung pada metafizik, epistomologi dan etika.
Ontologi- cuba mengetahui apa yang ada di alam semesta.
Aksiologi- bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan adakalanya dikaitkan dengan teori ,nilai dan metanilai.
Logik -merupakan satu pengajian tentang prinsip kesahihan berkenaan sesuatu sama ada secara inferens dan demonstrasi.

Wednesday, August 9, 2017

pulang ke malaysia

      Alhamdulillah..setelah 5 tahun di perantauan iaitu di Beijing ,China,saya berjaya menamatkan pengajian di sana..sekarang,saya dah pulang ke tanahair sendiri iaitu Malaysia.Masa untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Namun,saya masih perlu meneruskan pengajian di Malaysia selama setahun setengah di  sebuah institut  di utara Malaysia.

      Pada mulanya,saya tidak biasa dengan sistem pembelajaran di Malaysia,bukan berlagak ya!cuma,biasalah ..sudah 5 tahun di negara orang,sekarang di negara sendiri..pastilah banyak bezanya..saya tidak akan komen dari segi fasiliti,sebab mungkin ini isu sensitif,lagipun saya faham,dengan ekonomi gawat,kita tidak bolehlah menuding jari ke mana-mana pihak..saya faham keadaan itu.

     Di Malaysia,pembelajarannya banyak berkisarkan pembentangan.Dalam seminggu,boleh dikatakan 2-3 kali pelajar akan bentang di hadapan kelas.Kalau di Beijing,kami jarang-jarang membuat pembentangan,boleh dikatakan sekali untuk satu semester.hahahha..disini,saya puji sistem pendidikan di Malaysia,kerana soft-skill ini amat penting untuk berhadapan dengan orang ramai, bercakap di hadapan orang ramai bukanlah suatu perkara yang mudah.Ia memerlukan latihan yang berterusan, sekiranya selalu present, bukankah kita akan terbiasa?bak kata pepatah ,"alah bisa tegal biasa''.

     Di Malaysia,guru banyak menekankan kerja dalam kumpulan.Kami tidak biasa buat kerja berkumpulan di Beijing,kebanyakannya semua adalah kerja individu..Pada mulanya,saya tidak gemar sistem ini ,yelah,kalau tak cukup orang,macam mana nak buat kerja kan? kena cari masa free lagi, nak cari tempat untuk berdiskusi lagi.Ya,saya rasa sangat lah susah dan membuang masa.Namun,setelah beberapa kali berdiskusi,saya barulah faham kenapa kita perlu berbincang.Sewaktu berbincang,kita akan dengar pelbagai pendapat daripada kawan-kawan.Yang mana kita tidak faham atau tidak  jelas,kawan akan terangkan dengan bahasa yang mudah.Oleh itu,pelajaran yang susah,kita akan faham dengan senang. Alhamdulillah. Itulah rupanya hikmah berdiskusi..Patutlah Islam mementingkan jemaah dalam melakukan sesuatu..Kita memang tidak boleh hidup berseorangan, suka atau tidak ,pasti kita akan memerlukan insan lain.Mati pun,orang lain tolong kebumikan kan? haha..memetik ayat Al-Quran, boleh jadi kita suka sesuatu,padahal itu tidak baik untuk kita dan boleh jadi kita benci sesuatu,padahal itu adalah yg terbaik untuk kita..haha..terusalah mencari hikmah..okaylah,esok kelas..hahaha..nak tidur lah..kbai! salam!

Sunday, January 22, 2017

Saturday, January 21, 2017

yunnan sangat cantik!

kali ini,saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Yunnan yg terletak di selatan negara China.Yunnan bersempadan dengan Laos,Burma dan Vietnam.China mempunyai 56  kaum.nampak muka semua macam sama ,padahal China pun ada banyak kaum..jangan salah faham ye..hikk..Yunnan saja ada 25 kaum,,banyak gila kan? so,kat sini pun ada banyak loghat..ala  macam loghat utara,loghat kelantan semua tu lah..
    ramai sangat suka yunnan.katanya Yunnan sangat cantik!!aku pun tak pastilah apa yang cantiknya..
dan..lepas pergi,memang betullah cantik!sampai sekarang boleh terbayang lagi keindahan Yunnan.

STONE FOREST
hutan batu?seriously wujud?haha..tak percaya?satgi kita tengok gambaq nah..
diceritakan,ashima adalah seorang wanita yg cantik..jadi rebutan pemuda di kampungnya...
tapi,dia suka aheige..aheige ni adalah pemuda yg sangat baik .pandai memanah dan kuat.tapi,ada orang kaya ni suka ashima..so,satu hari,dia culik ashima..aheige pun terus cari ashima.and xpasti bila,lepas jumpa ashima atau sebelum,tiba2,banjir besar.aheige jerit nama ashima..tapi,ashima x menyahut.last2,dia nampak batu yg macam ashima bentuknya.
ashima seolah berkata,''aku disini,kan terus disini ''..x ingat ayat betul dia cmana..
haha..maaflah..aku nak bercerita,tapi banyak yg lupa..maafkan ya?hihi..































Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.  ...