Wednesday, August 9, 2017

pulang ke malaysia

      Alhamdulillah..setelah 5 tahun di perantauan iaitu di Beijing ,China,saya berjaya menamatkan pengajian di sana..sekarang,saya dah pulang ke tanahair sendiri iaitu Malaysia.Masa untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Namun,saya masih perlu meneruskan pengajian di Malaysia selama setahun setengah di  sebuah institut  di utara Malaysia.

      Pada mulanya,saya tidak biasa dengan sistem pembelajaran di Malaysia,bukan berlagak ya!cuma,biasalah ..sudah 5 tahun di negara orang,sekarang di negara sendiri..pastilah banyak bezanya..saya tidak akan komen dari segi fasiliti,sebab mungkin ini isu sensitif,lagipun saya faham,dengan ekonomi gawat,kita tidak bolehlah menuding jari ke mana-mana pihak..saya faham keadaan itu.

     Di Malaysia,pembelajarannya banyak berkisarkan pembentangan.Dalam seminggu,boleh dikatakan 2-3 kali pelajar akan bentang di hadapan kelas.Kalau di Beijing,kami jarang-jarang membuat pembentangan,boleh dikatakan sekali untuk satu semester.hahahha..disini,saya puji sistem pendidikan di Malaysia,kerana soft-skill ini amat penting untuk berhadapan dengan orang ramai, bercakap di hadapan orang ramai bukanlah suatu perkara yang mudah.Ia memerlukan latihan yang berterusan, sekiranya selalu present, bukankah kita akan terbiasa?bak kata pepatah ,"alah bisa tegal biasa''.

     Di Malaysia,guru banyak menekankan kerja dalam kumpulan.Kami tidak biasa buat kerja berkumpulan di Beijing,kebanyakannya semua adalah kerja individu..Pada mulanya,saya tidak gemar sistem ini ,yelah,kalau tak cukup orang,macam mana nak buat kerja kan? kena cari masa free lagi, nak cari tempat untuk berdiskusi lagi.Ya,saya rasa sangat lah susah dan membuang masa.Namun,setelah beberapa kali berdiskusi,saya barulah faham kenapa kita perlu berbincang.Sewaktu berbincang,kita akan dengar pelbagai pendapat daripada kawan-kawan.Yang mana kita tidak faham atau tidak  jelas,kawan akan terangkan dengan bahasa yang mudah.Oleh itu,pelajaran yang susah,kita akan faham dengan senang. Alhamdulillah. Itulah rupanya hikmah berdiskusi..Patutlah Islam mementingkan jemaah dalam melakukan sesuatu..Kita memang tidak boleh hidup berseorangan, suka atau tidak ,pasti kita akan memerlukan insan lain.Mati pun,orang lain tolong kebumikan kan? haha..memetik ayat Al-Quran, boleh jadi kita suka sesuatu,padahal itu tidak baik untuk kita dan boleh jadi kita benci sesuatu,padahal itu adalah yg terbaik untuk kita..haha..terusalah mencari hikmah..okaylah,esok kelas..hahaha..nak tidur lah..kbai! salam!

Covid-19 telah merubah segalanya.... Bagaimana wajah Wuhan sebelum Covid-19?

Assalamualaikum..sudah lama saya tidak menjeguk blog ini. sudah lama saya tidak menulis. Hari ini, saya ingin menulis mengenai Covid-19.  ...